Monday, January 28, 2013

Selawat..

Ketenangan terasa apabila mendengar nyanyian Siti Nurhaliza, 'Selawat'.

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud :-

" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya 

dan mengangkatnya 10 kali darjat"


Sunday, January 27, 2013

Ryan Giggs bawa United mara

Hujung minggu ini, EPL berhenti rehat untuk memberi laluan kepada pusingan ke 4 Piala FA. Saya berkesempatan menonton perlawanan melibatkan Arsenal, City dan semestinya United yang bertemu dengan Fulham di Old Trafford.

United menurunkan kesebelasan terbaiknya walaupun tanpa kelibat Vidic, Ferdinand dan Van Persie. Nampaknya, Sir Ferguson memandang serius kepada pertembungan Piala FA. Kuda tua, Ryan Giggs diturunkan dan menjaringkan gol pertama melalui sepakan penalti pada minit ke 3. Aksi Giggs yang agak jarang beraksi di EPL memang amat baik permainannya dan sering mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Fulham pula yang diterajui oleh bekas pemain United, Berbatov pun tidak kurang hebatnya. Sekali sekala melancarkan serangan ke arah pintu gol tapi berjaya dipatahkan serangan oleh pertahanan United, Smalling dan Jones. De Gea pula langsung tidak diuji percubaan berbahaya oleh Fulham. Setakat rehat babak pertama, United sudah boleh mendahului sekurangnya 3-0. Ketangkasan penjaga gawang Fulham, Mark Schwarzer menafikan percubaan Rooney dan pemain United lain.



Masuk pada babak separuh masa kedua, United menggandakan serangan dan berjaya memperolehi jaringan menerusi Rooney dan Hernandez dengan 2 gol nya. Sementara gol saguhati Fulham diperolehi melalui Karagounis. Keputusan akhir memihak kepada United dengan kemenangan bergaya 4-1.

Walaupun Van Persie diletakkan di bangku simpanan, tetapi beliau langsung tidak diturunkan memandangkan ketajaman kesudahan daripada Rooney dan Hernandez. Nani pula yang baru diturunkan banyak mencipta peluang dan cubaan sendirinya. Boleh dikatakan persembahan terpuji daripada beliau. 

Dengan kelompok pemain yang banyak dan besar, Sir Ferguson tiada masalah untuk memilih pemain nya. Kagawa, Valencia dan Scholes hanya dimasukkan pada babak kedua. Dan ini memberi kelebihan kepada pemain yang direhatkan untuk beraksi penuh pada perlawanan EPL menentang Southampton di Old Trafford pada pagi khamis nanti. Semoga berjaya United. GGMU!!!


Masa depan suratkhabar


Setiap hari, kalau tidak membaca dan membeli suratkhabar pasti berasa kosong. Sejak kecil lagi, antara yang menjadi pilihan semestinya akhbar tempatan Sarawak Tribune, nasional Berita Harian. Dan kini, saya telah berubah kepada The Borneo Post, nasional Utusan Malaysia, The Star. Pada masa kini, jika dilihat masyarakat terutama dari golongan muda agak kurang minat untuk membaca suratkhabar.

Sumber media baru internet seperti blog, portal berita mahupun laman sosial seperti Facebook, Twitter begitu mudah dan pantas diperolehi melalui gajet, smartphone dan semakin mendapat tempat. Boleh dikatakan suratkhabar dikatakan sebagai sumber maklumat yang ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan media baru tersebut.

Bagaimana dengan masa depan surat khabar? Tidak dinafikan surat khabar melalui zaman kelamnya. Edaran akhbar di seluruh dunia kini merosot dengan mendadak atas faktor medium baru yang bercambah dengan pantasnya.

Namun jika dilihat dari aspek yang lain, suratkhabar masih mempunyai kekuatannya sendiri terutama dengan laporan berita yang tepat dan kredibel selain menjadi pilihan para pengiklan, sesuatau yang masih belum dapat ditandingi oleh medium baru.

Dan yang seronoknya, saya juga boleh menjual kembali Old Newspaper walaupun dengan harga yang murah!!!...

Sunday, January 20, 2013

Sarawak vs Pos Malaysia

Pada hari Jumaat yang lepas, saya berkesempatan menyaksikan perlawanan Liga Perdana antara pasukan Sarawak dan Pos Malaysia FC. Hujan turun dengan lebatnya sebelum dan ketika perlawanan sedang dilangsungkan. Boleh dikatakan inilah perlawanan pertama saya ke stadium bagi musim ini.

Serangan daripada pasukan Sarawak

Kemenangan kepada pasukan Sarawak dengan 2-0 hasil jaringan pemain import Babic dan Azizan Saperi pada separuh masa kedua. Boleh dikatakan banyak peluang terhidang terutama pada separuh masa pertama, tetapi disia-siakan oleh pemain Sarawak.

Kehadiran penonton yang sedikit akibat hujan lebat

Saya teruja dengan permainan kapten Joseph Kalang Tie yang begitu baik menggemudi bahagian tengah pasukan Sarawak. Kombinasinya dengan Bwelle memang amat berkesan sekali walaupun tanpa kehadiran  kapten utama, Shahrol Saperi.

Maskot Bujang Senang

Perlawanan yang seterusnya adalah berjumpa dengan pasukan Sime Derby FC di Stadium Selayang isnin depan. Semoga berjaya pasukan Sarawak!!..

                                            Tamat perlawanan pasukan Sarawak menghargai kehadiran peminat setia

Monday, January 7, 2013

Juara AJL 27..Terukir Di Bintang Yuna (Aizat Amdan Replace)

Agak lama dah tak update Blog. Malam tadi seperti kebiasaannya, peminat muzik tanahair akan terpaku di depan tv menonton siaran langsung AJL ke 27. Fb dan Tweet penuh dengan updating AJL saja. Bagi saya, kemenangan lagu Terukir Di Bintang memang tepat sekali. Mungkin ramai yang beranggapan pemenang dinilai melalui penyanyi, tetapi hakikat sebenar nya adalah ia dinilai melalui pencipta lagu dan komposer nya sahaja...kalau boleh sebelum AJL, para juri sudah boleh menduga siapa yang juara..